JellyPages.com
Elegant Rose - Working In Background

Thursday, December 15, 2016

hukum memakai braces (pendakap gigi)

hari ni nak share sikit hukum memakai pendakap gigi atau lebih dikenali sbgai "braces" .. mesti korang pernah berangan kan nk pakai braces , tpi kos die mahall huhu .. kalau nak pakai braces ni niat kena betul tau :) 



Nabi SAW bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Pakai 'Braces'..Adakah Dikatakan Mengubah Kejadian Allah? - UAI

Sunday, December 4, 2016

ikhtilat

BAB IKHTILAT ?.



Perlu diambil berat zaman ini , bersentuhan , gurauan , berpegangan , jarak , mata , telinga , bercakapan , berduaan dan sebagainya .

Sama ada ia adalah satu gurauan ataupun sengaja , beramai-ramai ataupun bersendirian . .
.
Contoh :
Gambar berdua tanpa ikatan , hanya sekadar kawan tetapi baginya hanya gurauan . Di mata orang lain tidak , ia boleh menimbulkan fitnah . Dan kerana kelakuannya itu juga boleh mendatangkan fitnah.
.
Gini pula , situasinya nak ke majlis ilmu ataupun tempat-tempat lain . Sebab zaman sekarang ni Islamic dia suka campur2 dengan benda yang berdosa . Suka membawa fitnah kepada agama , sbb zaman ini mmg zaman fitnah .

Contoh :
Nak pi ajak orang tersayang teman kan ke? mana je yang hang nak pi , berdua je dalam kereta, gi kedai berdua , gi mana-mana berdua . Memang mcm dah takde kawan perempuan / lelaki masing2 da anak2 orang ni . Darurat takpe , ajak kawan sana takmau ajak kawan sini takmau , ajak family takmau,public transport tak pandai takut ke? Mende ke . Last2 minta tolong org tapi perlu ada mahram lelaki perempuan tak kisah janji mahram .

Bab dakwah/usrah dan seumpama dengannya .
.
Contoh :
Dalam satu bilik , biliknya luas tapi perlu ada guru ataupun ustaz ke ustazah ke untuk awasi . Maknanya pangkat ayah Ibu mu lah... Lepas tu boleh je buat dlm satu bilik , asingkan lelaki perempuan , jaga jarak , jaga percakapan , jaga mata , buat aktiviti2 yang elok yang tak perlukan sentuhan antara wanita dan juga lelaki . Tempat umum takpe takyah ada guru , cukup ada ketua yang boleh handle semua . Tapi ketua perlu memainkan peranan , anak2 buah juga perlu memainkan peranan . Kita dijadikan contoh suatu masa nanti , inshaAllah .
.
Okay, satu lagi.Berchatting / msg dan seumpama dengannya .

Contoh :
Laki perempuan kenal , sebagai kawan , tiba2 jatuh cinta ke apa ke what ever la... Lepas tu dari situ lah mula nya pintu2 dosa terbuka , zina mata , zina hati , zina segala mcm zina . Akan berlaku , had kan masa , hadkan apa yg perlu kita ckp bukan apa yang hendak kita ckp.
.
Sekadar pandangan bukan tak boleh langsung , boleh je cuma IKHTILAT perlu ambil berat sekarang ni . Dah banyak sangat da ternampak , nangis ceq , tak tahu nak kata apa

via:monologdakwah

kisah silam

kisah silam-


Tak semestinya,
Sebab dia ada kisah silam,
Dia tak boleh jadi baik.
.
Tak semestinya,
Sebab dia ada kisah silam,
Bila kahwin nanti,
Dia berpotensi untuk jadi curang.
.
Tak semestinya,
Sebab dia ada kisah silam,
Kita hukum dia bertubi-tubi.
.
Tak semestinya,
Sebab dia ada kisah silam,
Dia tak boleh dapatkan cinta sejati.
.
Masa silam,
Memberi pengajaran.
.
Masa silam,
Menjadikan seseorang lebih matang.
.
Masa silam,
Membuatkan seseorang lebih kuat untuk melangkah ke hadapan.
.
Jangan kerana dari kisah silam seseorang,
Kita campak dia seperti sampah.
Kita maki sesuka hati.
Kita pandang dia dengan pandangan sinis,
Seolah-olah dia tak layak mengecap bahagia.
.
Sedarlah,
Dia juga manusia,
Punya rasa untuk dicinta.
Punya rasa untuk dihargai.
Punya rasa untuk jadi solehah.
Punya rasa untuk kembali ke sejadah.
.
Pautlah tangan dia sekuatnya,
Bimbing dia mengenal Allah,
Pegang erat hatinya agar dia tidak berlari ke zaman jahiliah,
Dan tuntun dia agar dapat melangkah bersama ke jannah.
.
Kerana mungkin tanpa kita tahu,
Dia merupakan asbab kita dapat melangkah ke syurga Allah.


via: MonologDakwah

Saturday, November 5, 2016

qada solat ..

assalammualaikum ! woo lama tk post ..
 harini tajuk kita ialah ..
 Qada Solat..  


Solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh  wajib di qada. Cuba buat kiraan berapa banyak kita telah meninggalkan solat fardu. Kita boleh mengqada solat tak kira waktu jika ada masa maka tunaikanlah untuk membayar hutang kita kepada Allah SWT. Hutang ini akan ditanya di akhirat nanti jika kita enggan membayarnya semasa hidup di dunia. Contoh jika masuk waktu zohor setelah kita solat zohor bersama imam (solat berjemaah) selepas habis saja solat fardu maka kita solat qada zohor. Atau pun boleh juga kita solat qada zohor setelah muazin melaungkan azan zohor. Contoh niat solat qada : “Sahaja aku solat qada fardu zohor kerana Allah Taala”


Dalil perlunya solat qada yang pernah ditinggalkan : Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Hadis Sahih Muslim)
Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur, maka hendaklah dia mengerjakan solatnya apabila teringat (atau setelah terjaga). (Hadis Sahih Muslim).
Hadis di atas menunjukkan bahawa WAJIB hukumnya qada solat walaupun terlupa… inikan pula solat yang ditinggalkan dengan sengaja.
Perkara ini telahpun mendapat ijma’ pendapat mazhab imam yang empat. tidak perlu dibahaskan lagi.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “‘Hutang kepada Allah terlebih utama untuk dijelaskan.”
(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,at Tabrani,Baihaqi dan al Bazzar)
Qada solat yang ditinggalkan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun bukan waktunya. Misalnya di waktu malam kita nak qada solat 5 waktu (zohor, asar, magrib, isyak dan subuh). Atau qada ikut waktu-waktu solat conoh qada solat zohor pada waktu zohor setelah kita selesai solat zohor tunai.
.sekian

Saturday, July 2, 2016

sahabat :')

sahabat,
terima kasih,
kerana banyak mengajar aku tentang kebaikan.

Terima Kasih
kerana banyak ingatkan aku tentang Pencipta.
tatkala diri ku mula tersasar dari landasan agama.

Terima Kasih
kerana masih menerima diriku yang serba
kekurangan tatkala hati kau kerap ku guriskan.

Terima Kasih 
kerana selalu ada di saat aku perlukan tempat sandaran

Dan Terima Kasih
kerana tetap setia bersama aku walaupun kau tahu
aku serba kekurangan.

cuma satu pesananku:
Tatkala engkau di syurga kelak, dan engkau melihat aku tiada di situ,
tanyalah pada Allah di mana aku, dan mintalah Allah
keluarkan aku dari neraka dan tariklah aku ke dalam syurga.

p/s:awak,masuk syurga jgn sorang2 ya,tarik sya sekali tau :) 

via: bingkisanhati 

Saturday, May 28, 2016

Ramadhan

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.


FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN


Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.


Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibukaSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

· Amal ibadah bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.


2. Solat-solat sunat yang lain.


3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.


4. Memberikan hidangan berbuka puasa.


5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).


6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.


7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.


8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.


9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.


· Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya 
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.


2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.


3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

FADHILAT YANG LAIN-LAIN

· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.

· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.

· Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.

· Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.


· Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.

SOLAT SUNAT TARAWIH


Ibadat yang paling besar pahalanya ialah menghayati setiap malamnya dengan solat sunat Tarawih. Menurut sebah hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang lebar, terdapat berbagai fadhilat dan faedah termasuk diampuni dosa-dosa dirinya dan kedua ibu bapanya, diberi pahala seumpama pahala tawaf para malaikat di Baitul Ma’mur, bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga, dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat dan berbagai-bagai lagi.


Pengertian Solat Tarawih


Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat, fardu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum di sambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memneri peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Qiamu Ramadhan


Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan seelepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Lailatul-Qadar

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.

Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).

Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Hukum Solat Tarawih

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; Berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah rugi mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.


Berjemaah lebih utama


Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.


Solat Tarawih 20 Rakaat

Umat Islam di Malaysia khasnya mengerjakan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat semenjak dahulu lagi. Ada sebahagian kecil shaja yang solat lapan rakaat.

Demikian juga umat Islam di negara-negara lain. Jika anda pergi ke Mekah dalam bulan Ramadhan maka anda akan dapati solat sunat Tarawih di masjid AL-Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dikerjakan dua puluh rakaat.

Solat Sunat Witir

· Jika anda berniat hendak bangun tengah malam, mengerjakan solat sunat Tahajjud, solat Hajat, solat Tasbih dan sebagainya, maka solat sunat Witir ini bolehlah ditangguhkan, dan dilaksanakan yang terakhir sekali iaitu setelah selesai dikerjakan semua solat-solat tersebut.

· Kebanyakan orang ramai yang mendirikan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau, biasanya akan terus mengerjakan solat sunat Witir tiga rakaat (dua salam) dengan berjemaah, sebaik sahaja selesai solat sunat Tarawih.


AMALAN DI MALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah s.w.t. telah menjanjikan untuk mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda, termasuk juga balasan syurga. Di antara banyak amal ibadat yang boleh dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid, Qiamullail dan solat sunat Tasbih, berzikir, bertahmid, membaca al-Quran dan sebagainya.

1. Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w. telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kaifiat Iktikaf


· Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis.


· Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.

· Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keperluan yang pokok sahaja, seperti makan minum, membuang air dan seumpamanya. Keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.

Iktikaf di dalam masjid boleh dilakukan siang atau malam. Mereka yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga menjelang subuh.

2. Kelebihan Malam Lailatul-Qadar


Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran surah al-Qadar, malam Lailatul-Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadai pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.

Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul-Qadar itu. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Carilah malam Lailatul-Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya, masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.


Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadar

Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.

Dalam Sahi Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya.



*pstt ramadhan dh nk dkt.. dh habes ganti puasa ke? ;p

Saturday, May 21, 2016

malam nisfu sya'ban

Kelebihan malam Nisfu Sya’ban
Faedah amalan pada Nisfu Sya’banJika Engkau takdirkan panjang usiakuTetapkanlah aku di jalanMuAgar aku istiqamah menjejaki keredhaanMuTeguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:
pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.
3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.
5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.
7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Aamiin

syukur

Masihkah kita tidak bersyukur dengan berbagai nikmat yang telah Allah berikan?
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. An Nahl: 18)

Saturday, March 26, 2016

DAKWAH

-Dakwah

tidak perlu kepada kekasaran,
tidak perlu kepada kekerasan,
tidak perlu kepada kesentapan,
kerana dakwah yang dibawa 
oleh Nabi Muhammad saw
penuh dengan kelembutan.

-Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari-

#mitunas16

couple


~Berjalan berdua duaan,
~Berpengangan tangan,
~Berpeluk pelukan,
~Bermesra mesraan

#mudahnya menternak dosa hanya dengan bercouple#



Bila putus cinta,
Kau punya sedih, sampai 24 jam terperap kat bilik.
Bukak lagu sedih,
menangis,menangis dan terus menangis .
Dapatlah dalam 2 baldi kawan kau tolong tadahkah air mata kau tuh
.
Untuk nabi 1 titis air mata tak pernah jatuh.
Untuk Allah, takde sedikitpun rasa berdosa.
Kasih sayang Tuhan selalu ada,
Tapi kau yang campak buang merata.
Cinta ajnabi yang tak utuh jugak,
Kau ambik simpan konon cinta hingga ke syurga.
Untuk dunia,kau sanggup berkorban apa sahaja.
Untuk akhirat?
Takde.Yang ada pun dosa yang berjela jela

T_T 

*bingkisanhati*

#mitunas16


@bingkisanhati

tidak mempunyai wajah yang cantik? Tidak mempunyai tubuh badan yang langsing? Tidak mengapa. itu bukan keutamaan dalam agama. tidak perlu mengeluh dengan apa yang Allah beri. dari situ Allah ingin mengajar diri kita untuk syukur. wajah yang cantik,tubuh badan yang slim,bukankah itu juga ujian dari Allah untuk hambanya. jika dia menggunakan kelebihan itu kearah yang salah , maka dia telah gagal dari ujian tersebut. maka syukurlah,walaupun kita ini biasa biasa saja orangnya ,sekurang kurangnya hati kita lebih terjaga untuk sang suami dari diberi kepada lelaki ajnabi.

wahai wanita,jagalah diri mu dengan sebaik baiknya. jangan buang perisai "malu" itu.Kerana diakhir zaman ni, begitu ramai wanita yang sudah hilang "malunya".


"kembalilah kepada fitrah,jangan menjadi fitnah".


diri mu disanjung tinggi,maruah mu diangkat tinggi,mohon jangan rendahkan.ingat.hidup bukan untuk mencari perhatian manusia,tetapi untuk cari redha Allah 


#mitunas16

REZEKI | SALAM

REZEKI

Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (supaya aku 
terhindar) dari yang haram. (HR At-Tirmidzi)

Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dgn seorang mujahid di jalan Allah. (HR Ahmad)

Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat adalah orang yang memperoleh harta dari sumber tidak halal lalu menyebabkannya masuk neraka." - [HR Bukhari]

"Bangunlah pagi hari utk mencari rezeki dan keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barakah dan keberuntungan." (HR Ath-Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya maka tidak akan dipercepat hartanya." (HR. Muslim)

SALAM

Jika kamu hendak masuk rumah, maka sebaiknya kamu ucapkan salam, kerana hal itu akan membawa keberkahan bagi kamu dan keluargamu. [HR Tirmidzi]

"Sesungguhnya orang yg lebih utama di sisi Allah adalah orang yg memulai salam terlebih dahulu kepada orang lain." (HR Ahmad & Abu Daud)


#mitunas16

ISTIGHFAR

Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)


"Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan." (HR Abu Daud)


Rasulullah s.a.w bersabda: "“Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan ontanya yang hilang di padang pasir.” (HR.Bukhari dan Muslim)


#mitunas16

Ibu Bapa


Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Kemudian aku bertanya: “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Kemudian aku bertanya: “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” [Riwayat al-Hakim]


"Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.” (Sahih Bukhari dan Muslim)


"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia." (HR. Bukhari)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Bertakwalah kepada Allah Subhanallahu wata'ala dan berlakulah adil terhadap anak-anakmu." (HR Bukhari dan Muslim)

“Kembalilah kepada kedua orangtua (ibu bapa) mu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis.” (HR. Abu Dawud & Baihaqi)


#mitunas16

HALAL DAN HARAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)


Rasulullah s.a.w. bersabda: Lelaki yang memakai cincin emas di tangannya seolah-olah mengambil bara api kemudian ia diletakkan di tangannya. (Sahih Muslim)


Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknyua." (HR At Tirmidzi).

sedekah

#mitunas16-

saling mengingati :)

Bait2 ayat Prof Muhaya menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita......
Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.
Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..
Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.
Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
Waktu kita "Miskin" baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..
Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.
Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.
Jadilah teman setia tanpa syarat ...
Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...
Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai
Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.
Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......
Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....
Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..
Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita
-prof muhaya
#mitunas16

masyaAllah :)


#mitunas16

Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.
i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.
ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.
iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.
Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan
Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:
Ertinya:
“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”
Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.
Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.
Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.
Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
09. Jangan meludah didalam tandas.
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
16. Jangan bercakap didalam tandas.
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
22. Jangan menipu sepanjang masa.
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
25. Hindarkan berjalan sendirian.
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
28. Jangan mencela makanan anda.
29. Jangan bermegah(sombong).
30. Jangan menghalau pengemis.
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
39. Jangan makan dalam gelap.
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.

#mitunas16